Wednesday 8 June 2011

Aku Masih Muda..


“cantik..awak adalah ciptaan Tuhan yang indah..suka senyuman awak..” aku tersenyum riang saat membaca mesej di ruang telefon bimbit ku..bait-bait bicaranya membuai perasaanku..what happen to me?gelora apakah yang melanda diri ini??..tetiba..
“kakak,temankan adik pi tandas..nak buang air..” terdengar suara seseorang menusuk masuk di cuping telingaku.. aduh..suara sumbang sape lak tu..kacau tul la..baru nak berjiwang karat jap..perlahan-lahan ku buka mataku lalu terpandanglah wajah yang ketakutan dan kegelisahan. Dengan langkah yang berat ku turuti langkah adikku menuju ke tandas. Aduhai adikku sayang..kakak kau punya la otai..awat hang jadi penakut ni..keliru sudah..tetiba aku teringatkan sesuatu..lantas terus ku bangun menuju ke bilik lantas mencapai telefon bimbitku..aku mula membaca satu persatu mesej yang ku terima..tercari-cari mesej yang membuai hatiku tadi namun tidak ku temui..hmm..memang sah la mimpi ni..huuu..duhai hati..udah-udahla tu berangan..orang kata bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi..tak caya?acu try tepuk sekali..lantas ku ketuk kepalaku dengan tanganku..pukk..adoii..sakit..hah..bunyi tu..hehe..ape2 ajelah..lambat pulak minah sorang ni pi tandas..
“oiit..copetla..awat lama bebenor??mata nak tertutup dah ni..” aku mula menjerit kegeraman..mataku mula terasa berat lantas terus lena diulit mimpi..tetiba terasa ade benda merayap di muka ku..ala..pe benda pulak ni..? aku mula meraba-raba muka ku dalam gelap..terasa ada ssuatu di wajahku..lantas ku bangun melihat cermin..Arghhh!!! pe dah jadi ni?? Ohh..tidak..pe tompok2 ni??aku mula menjerit-jerit bagaikan orang yang kehilangan akal..tetiba..
“Allahuakhbar..Allahuakhbar..” terdengar bunyi telefon bimbitku menjerit-jerit di sebelahku..lantas aku terus terbangun lalu meraba-raba muka ku..Alhamdulillah..aku Cuma bermimpi rupanya..ku lihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi..opps..masa untuk bangkit menyahut panggilan illahi..
Selesai menunaikan solat subuh, mata ku merasa berat kembali..aduhh..mengantuk lagi..minah penakut punya pasal la ni..tak pasal-pasal tak cukup tidur malam tadi..lantas aku terus membaringkan badanku..aku mula terfikirkan mimpiku malam tadi..mimpi di puji cantik kemudian mimpi wajahku berubah tetiba..mungkinkah ada maksud tersembunyi di sebalik mimpi-mimpi ku..itu lah padahnya kalau riak kan..hakhak..padan muka aku..bangga di puji cantik dan tiba-tiba kecantikan di tarik balik..oh tidak..i cannt imagine if that really happen..huhu..hope not..
Tepat jam dua petang, aku mula bersiap-siap untuk pergi bertemu dengan makcik ku sayang..hari ini aku mahu mengikutinya pergi berniaga di pasar..bak kata orang mahu mencari pengalaman berniaga..sebaik sahaja siap, aku bersama dengan adikku keluar menunggu makcikku di depan rumah jiran makcikku. Kelihatan seorang pakcik memerhatikan gelagat ku dengan adik ku. Setelah lama di perhatikan, dia mula bertanya..
“adik beradik ke? Soalnya.  Aku tersenyum lantas menjawab.. “a’ah..adik beradik, ni adik bongsu saya, baru darjah lima, saya kakak sulung dia..” dia kelihatan kurang berpuas hati dengan jawapanku lantas bertanya lagi.. “ tak jauh beza ye jarak umur antara yang sulung dengan yang bongsu” saat mendengar butir bicaranya aku hanya tersenyum lalu menjawab.. “eh..jauhla jarak..” dia kelihatan terkejut lantas bertanya lagi.. “sekolah tingkatan berapa? “ kali ini aku bagaikan mahu gelak besar namun demi untuk “control” ayu ku tahan jua lalu mula bersuara.. “err..pakcik..saya dah habis dah belajar, dah keje dah pun..umur dah 24 dah pun..hehe..” sebaik sahaja aku menghabiskan ayat terakhir ku, muka pakcik tersebut terus berubah.. “laa..yeke..ala..apasal kecik sangat..nampak muda je lagi..muka tak tua ek..”  pakcik tersebut terus  ketawa melihatku sambil mengiling-gilingkan kepala. Aku hanya tersenyum memandangnya.
Sebaik sahaja sampai di pasar, aku hanya mengekori makcik ku berjalan ke hulur ke hilir membawa barang jualan. Aku hanya memerhatikan gelagat makcik ku yang lincah bergerak ke sana sini..aktif betul makcik aku ni..kagum la pulak..tetiba..
“eh..comel nya anak k.sah..umur berape?” terdengar pemilik kedai berbual dengan makcik ku sambil memandangku. Aku hanya mendengar perbualan mereka dari jauh sambil melemparkan senyuman kepada mereka.
“ cuba teka..” kata makcik ku. Lalu seorang lelaki yang kebetulan berada di kedai tersebut menjawab.. “baru 16 tahun je tu..” katanya dengan penuh yakin. Aku yang mendengar dari jauh hanya mampu tersenyum..alahai..aku ni nampak muda sangat ke? Hehe..ramai yang tertipu ni..haha..monolog ku dalam hati.
Aku terdengar makcik ku ketawa mendengar butir bicara lelaki tersebut . “ itu anak saudara aku la..dah bekerja dah pun..umur 24 tahun dah..” lantas makcikku terus ketawa lagi..kedua-dua pemilik kedai tersebut  kelihatan terkejut lantas memandangku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang di ceritakan oleh makcik ku sebentar tadi. Aku hanya membuat muka selamba lantas melemparkan senyuman manis buat mereka berdua..terasa diri comel la pulak..haha..
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku hanya tersenyum mengenangkan peristiwa-peristiwa yang mencuit hati sebentar tadi..wah..am I look so young?? How sweet..i like..kalau la betul umurku baru 16 tahun..wow..sungguh aku mnyukainya..namun..masa tetap berlalu..usia tetap kan meningkat jua.. tetiba teringat surprise birthday party semasa  aku berusia 17 tahun. Itulah pertama kali dan terakhir kali sambutan hari lahir ku..jadinya..sampai sekarang aku masih lagi 17 tahun la kan..haha..tetiba..
“ an nyeong  Ibul gateun haetsal ..an nyeong  sal lang daeneun baram..” terdengar  bunyi mesej..lagu kesukaanku..innisfree day..lantas aku terus membaca isi kandungan mesej yang tertera di skrin telefon bimbitku..
“awk memang comel..awak sangat comel..awak tetap muda di hati..”
Wah..how sweet..aku mimpi ke ni??betul ke mesej ni..lantas tanganku pantas mencubit pipi ku namun tetiba..
“bukkk..!!” terasa sesuatu menimpa muka ku..lantas mata ku terbuka luas..terdengar gelak tawa kedua adik bongsu ku..hampeh tul..diorang berdua ni pantang melihat diri ku senang..tetiba aku teringatkan sesuatu..lantas ku terus mencapai telefon bimbitku lalu membaca setiap mesej yang tertera di skrin..hmmm..i’m dreaming again..huhu..