Minda berkata..tidur..aku sudah
mengantuk..mata berkata..aku tahu tapi aku tidak boleh menutup mata ini..apasal
ntah..pelik-pelik..hati berkata..hmm..nak wat camne I’m thinking about
something..that why la xleh tdo..hehe..lorrh..
Duhai hati..apakah yang sedang melanda diri
mu..apakah yang engkau fikirkan??sehinggakan minda mu xmampu
memujukmu..sehingga mata tidak mampu berbuat apa-apa..
Aku..aku..aku tidak tahu..bagaikan ada
sesuatu yang menghalangku untuk menuruti
kata-kata minda dan juga mata..
Penghalang?? Apakah yang menghalang
dirimu?? Luahkanlah duhai hati..pasti segalanya kan terungkai..kau pasti
kembali normal..minda pasti gembira..mata pasti terlena..
Aku..sukar untuk ku bicara kan..bila ianya
melibatkan soal hati..bagaimana harus ku luahkan andai aku sendiri pun tidak
mengerti..apakah yang sedang melanda diri ini..
Cuba..kau harus merungkai
segalanya..tenangkan hati mu duhai hati..selami jiwa mu..pasti kau kan
mengerti..segala yang melanda diri..
Di kala sendiri..aku terfikirkan akan diri
nya..lalu tangan pantas menekan telefon bimbit mencari gambarnya..bila melihat
wajahnya..aku merasa kagum..lalu tersenyum sendiri..terdetik perasaan gembira..terdetik untuk
menyapanya..pantas sahaja tangan menuruti perintahku..menaip SMS..bertnya
khabar..aku sabar menunggu balasan darinya..terasa riang saat menunggu..apabila
terdengar bunyi SMS..aku tersenyum lebar..terasa sangat bahagia..saat tidak
menerima balasan SMS..aku tetiba sedih..diriku terasa sakit sangat..kenapa??apa
sebenarnya yang berlaku..
Ohhh..aku tahu apa yang berlaku..kau sedang
merindui si dia duhai hati..kau rindukan dia kerana kau sudah mula menyayangi
nya..tahniah..kau telah bertemu dengan cinta..
CINTA? Apa itu cinta?? Bukankah cinta itu
membahagiakan..tapi kenapa aku sakit..aku tak tenang..aku wat kan minda marah
padaku..mata juga marah padaku..aku membuatkan fizikalku lemah..
Cinta itu membahagiakan andai ianya pada
jalan yang betul..pada orang yang sepatutnya..pada mereka yang berhak..cinta
hanya akan menjadi derita andai ianya berlandaskan hati dan perasaan yang
membabi buta..mencintai ssuatu yang bukan hak kita..mencintai pada mereka yang
tidak halal untuk kita..mencintai kepada yang tidak sepatutnya..
Duhai hati..tenangkan dirimu..jangan
membiarkan dirimu dibuai cinta yang tiada kesudahannya..cintai lah pada yang
sepatutnya..andai cinta itu bukan milikmu maka lepaskanlah..biarkan ia
berlalu..cari la cinta yang baru..
Huhuhuhu..ohh..sungguh aku sudah tersilap
langkah..mengapa harus ku lalui semua ini..sungguh aku menderita kerananya..apa
yang harus ku lakukan lagi..
Duhai hati..turuti la minda mu..turutilah
matamu..tidur lah..tenangkan hatimu..berhenti lah memikirkan cinta yang
derita..Cintai Lah pada yang SATU kerana CintaNYA pasti membahagiakanmu..
Aku..sungguh perit ku rasakan..aku buta
menilai cinta..aku menjadikan cinta itu buta sehingga menjerat diriku
sendiri..aku sedar kini..benarlah kata pepatah..bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi..yaa..wahai mindaku..wahai mataku..aku mengerti kini..maafkan aku
kerana mengabaikan kalian..kerana Cinta yang buta..aku mengabaikan cinta
kalian..kerana cinta yang buta aku mengabaikan Cinta pada YANG SATU..
Duhai hati..usahlah dikau bersedih
lagi..cinta yang lain bakal mendatangimu..cinta itu pasti membahagiakanmu..dia
akan datang menemani..tunggula kehadirannya nanti..tidurlah..
Minda
bersuara lagi..Aku sudah sangat mengantuk..bila boleh tidur ni??..duhai
mata..tutuplah matamu..mata berkata..yaa..aku tahu..tapi hati…
Duhai minda..duhai mata..aku bersedia untuk
tidur..aku pasti cinta untukku akan datang suatu hari nanti..jom..teman2..ayuh
kita tidur..terima kasih kerana mencintaiku..SELAMAT MALAM..