Wednesday 8 June 2011

Aku Masih Muda..


“cantik..awak adalah ciptaan Tuhan yang indah..suka senyuman awak..” aku tersenyum riang saat membaca mesej di ruang telefon bimbit ku..bait-bait bicaranya membuai perasaanku..what happen to me?gelora apakah yang melanda diri ini??..tetiba..
“kakak,temankan adik pi tandas..nak buang air..” terdengar suara seseorang menusuk masuk di cuping telingaku.. aduh..suara sumbang sape lak tu..kacau tul la..baru nak berjiwang karat jap..perlahan-lahan ku buka mataku lalu terpandanglah wajah yang ketakutan dan kegelisahan. Dengan langkah yang berat ku turuti langkah adikku menuju ke tandas. Aduhai adikku sayang..kakak kau punya la otai..awat hang jadi penakut ni..keliru sudah..tetiba aku teringatkan sesuatu..lantas terus ku bangun menuju ke bilik lantas mencapai telefon bimbitku..aku mula membaca satu persatu mesej yang ku terima..tercari-cari mesej yang membuai hatiku tadi namun tidak ku temui..hmm..memang sah la mimpi ni..huuu..duhai hati..udah-udahla tu berangan..orang kata bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi..tak caya?acu try tepuk sekali..lantas ku ketuk kepalaku dengan tanganku..pukk..adoii..sakit..hah..bunyi tu..hehe..ape2 ajelah..lambat pulak minah sorang ni pi tandas..
“oiit..copetla..awat lama bebenor??mata nak tertutup dah ni..” aku mula menjerit kegeraman..mataku mula terasa berat lantas terus lena diulit mimpi..tetiba terasa ade benda merayap di muka ku..ala..pe benda pulak ni..? aku mula meraba-raba muka ku dalam gelap..terasa ada ssuatu di wajahku..lantas ku bangun melihat cermin..Arghhh!!! pe dah jadi ni?? Ohh..tidak..pe tompok2 ni??aku mula menjerit-jerit bagaikan orang yang kehilangan akal..tetiba..
“Allahuakhbar..Allahuakhbar..” terdengar bunyi telefon bimbitku menjerit-jerit di sebelahku..lantas aku terus terbangun lalu meraba-raba muka ku..Alhamdulillah..aku Cuma bermimpi rupanya..ku lihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi..opps..masa untuk bangkit menyahut panggilan illahi..
Selesai menunaikan solat subuh, mata ku merasa berat kembali..aduhh..mengantuk lagi..minah penakut punya pasal la ni..tak pasal-pasal tak cukup tidur malam tadi..lantas aku terus membaringkan badanku..aku mula terfikirkan mimpiku malam tadi..mimpi di puji cantik kemudian mimpi wajahku berubah tetiba..mungkinkah ada maksud tersembunyi di sebalik mimpi-mimpi ku..itu lah padahnya kalau riak kan..hakhak..padan muka aku..bangga di puji cantik dan tiba-tiba kecantikan di tarik balik..oh tidak..i cannt imagine if that really happen..huhu..hope not..
Tepat jam dua petang, aku mula bersiap-siap untuk pergi bertemu dengan makcik ku sayang..hari ini aku mahu mengikutinya pergi berniaga di pasar..bak kata orang mahu mencari pengalaman berniaga..sebaik sahaja siap, aku bersama dengan adikku keluar menunggu makcikku di depan rumah jiran makcikku. Kelihatan seorang pakcik memerhatikan gelagat ku dengan adik ku. Setelah lama di perhatikan, dia mula bertanya..
“adik beradik ke? Soalnya.  Aku tersenyum lantas menjawab.. “a’ah..adik beradik, ni adik bongsu saya, baru darjah lima, saya kakak sulung dia..” dia kelihatan kurang berpuas hati dengan jawapanku lantas bertanya lagi.. “ tak jauh beza ye jarak umur antara yang sulung dengan yang bongsu” saat mendengar butir bicaranya aku hanya tersenyum lalu menjawab.. “eh..jauhla jarak..” dia kelihatan terkejut lantas bertanya lagi.. “sekolah tingkatan berapa? “ kali ini aku bagaikan mahu gelak besar namun demi untuk “control” ayu ku tahan jua lalu mula bersuara.. “err..pakcik..saya dah habis dah belajar, dah keje dah pun..umur dah 24 dah pun..hehe..” sebaik sahaja aku menghabiskan ayat terakhir ku, muka pakcik tersebut terus berubah.. “laa..yeke..ala..apasal kecik sangat..nampak muda je lagi..muka tak tua ek..”  pakcik tersebut terus  ketawa melihatku sambil mengiling-gilingkan kepala. Aku hanya tersenyum memandangnya.
Sebaik sahaja sampai di pasar, aku hanya mengekori makcik ku berjalan ke hulur ke hilir membawa barang jualan. Aku hanya memerhatikan gelagat makcik ku yang lincah bergerak ke sana sini..aktif betul makcik aku ni..kagum la pulak..tetiba..
“eh..comel nya anak k.sah..umur berape?” terdengar pemilik kedai berbual dengan makcik ku sambil memandangku. Aku hanya mendengar perbualan mereka dari jauh sambil melemparkan senyuman kepada mereka.
“ cuba teka..” kata makcik ku. Lalu seorang lelaki yang kebetulan berada di kedai tersebut menjawab.. “baru 16 tahun je tu..” katanya dengan penuh yakin. Aku yang mendengar dari jauh hanya mampu tersenyum..alahai..aku ni nampak muda sangat ke? Hehe..ramai yang tertipu ni..haha..monolog ku dalam hati.
Aku terdengar makcik ku ketawa mendengar butir bicara lelaki tersebut . “ itu anak saudara aku la..dah bekerja dah pun..umur 24 tahun dah..” lantas makcikku terus ketawa lagi..kedua-dua pemilik kedai tersebut  kelihatan terkejut lantas memandangku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang di ceritakan oleh makcik ku sebentar tadi. Aku hanya membuat muka selamba lantas melemparkan senyuman manis buat mereka berdua..terasa diri comel la pulak..haha..
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku hanya tersenyum mengenangkan peristiwa-peristiwa yang mencuit hati sebentar tadi..wah..am I look so young?? How sweet..i like..kalau la betul umurku baru 16 tahun..wow..sungguh aku mnyukainya..namun..masa tetap berlalu..usia tetap kan meningkat jua.. tetiba teringat surprise birthday party semasa  aku berusia 17 tahun. Itulah pertama kali dan terakhir kali sambutan hari lahir ku..jadinya..sampai sekarang aku masih lagi 17 tahun la kan..haha..tetiba..
“ an nyeong  Ibul gateun haetsal ..an nyeong  sal lang daeneun baram..” terdengar  bunyi mesej..lagu kesukaanku..innisfree day..lantas aku terus membaca isi kandungan mesej yang tertera di skrin telefon bimbitku..
“awk memang comel..awak sangat comel..awak tetap muda di hati..”
Wah..how sweet..aku mimpi ke ni??betul ke mesej ni..lantas tanganku pantas mencubit pipi ku namun tetiba..
“bukkk..!!” terasa sesuatu menimpa muka ku..lantas mata ku terbuka luas..terdengar gelak tawa kedua adik bongsu ku..hampeh tul..diorang berdua ni pantang melihat diri ku senang..tetiba aku teringatkan sesuatu..lantas ku terus mencapai telefon bimbitku lalu membaca setiap mesej yang tertera di skrin..hmmm..i’m dreaming again..huhu..


Tuesday 24 May 2011

Chiling Waterfall..best..


“if you ask me about love..and wanna know about it my answer would be..”  telefon bimbit ku mula menjerit-jerit menandakan waktu untuk bangun sudah tiba. Lantas tanganku tergapai-gapai mencapai telefon bimbit ku lalu menekan butang off. Kemudian, mataku tertutup kembali.  Tetiba…
“Allahhuakhbar..Allahhuakhbar..” alamak..dah subuh ke?? Wawa..lewat-lewat..terus ku melompat bangun dari katil lalu mencapai tuala lantas terus menuju ke bilik air. Aku cuba untuk mandi secepat mungkin  mengenangkan waktu sudah lewat.
Selesai mandi, aku lantas melihat jam tanganku..jam menunjukkan pukul 5 pagi..hah?? baru kul 5..habis tu..tadi tu azan ape?aku mula menggaru-garu kepalaku yang sememangnya gatal..lantas ku capai telefon bimbitku..baru ku sedar..tadi rupanya bunyi ringtone alarm yang aku set kan malam tadi..ingatkan dah tekan off tp rupa-rupa nya snoore je..patutla dia bunyi lagi..adoii..haha..dipermainkan oleh telefon sendiri..hehe..pagi-pagi lagi dah buat lawak..tersilap set alarm rupanya..haha..bagus juga..
Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu..biasala..hari untuk enjoy..aktiviti hari ini ialah bermandi manda di chilling waterfall..apa itu chilling waterfall?? Chilling waterfall merupakan tempat rekreasi yang mempunyai tarikan yang tersendiri. Sebab itu aku tertarik untuk pergi ke sana. Chilling waterfall terletak di Kuala Kubu baru, Selangor darul ehsan..pe yang menarik sangat kat Chiling waterfall ni??nak tahu?kena la pergi ke sana..hehe..untuk keterangan yang lebih lanjut..sila layari.. http://www.waterfallsofmalaysia.com/51chiling.php
                Seawal  lima pagi aku sudah pun bersiap sedia untuk memulakan expedisi..punya la semangat kan..mesti la..bab-bab jalan ni memang no 1 la..tetiba teringat lagu..biwi no 1 oo biwi no 1..haha..
                Namun apakan daya..langit tak selalunya cerah..biasalah perubahan cuaca..Kul 10 pagi baru dapat gerak ke tempat yang di tuju..best tak? Best kan..cuba teka..berapa lama aku kena tunggu??haha..jom kira..hehe..tapi takpe..walau ape pun yang berlaku..aku tetap sampai ke sana dengan jaya nya..Syabas diucapkan buat ku..dan ianya merupakan satu pengalaman yang sangat menarik..dapat teman baru..dapat pengalaman baru..dan yang terakhirnya..dapat penyakit baru..haha..penat juga jalan..sakit urat-urat ku yang sudah lama di manjakan..
                Perjalanan dari batu cave menuju ke Chiling waterfall  mengambil masa kira-kira satu jam setengah..takde la jauh sangat kan..boleh tahan la..yuran masuk hanyalah sebanyak RM1..murah je..duit minyak je yang mahal..huhu..



                Pe yang menariknya adalah perjalanan untuk sampai ke tempat air terjun  mengambil masa hampir satu jam dan terpaksa melintasi lima lintasan sungai..sebelum sampai ke tempat yang di tuju , baju dah basah dulu..hehe..best kan..jadi, apa yang di tunggu lagi..jom la pi sana..hehe..

kisah Aku dan Chopstick


“suasana pagi..begini..menghiburkan hati..yang kini penuh gundah..wooo..” terdengar riang suaraku menyanyi di bilik air. “Suka-suka hati dia je mengubah lagu orang..haha..pe daa..” ngomel sara  sahabat baik ku. “oit syah..mandi cepat le..lutut wa dah mengeletar  tunggu kat luar ni..”jerit sara di luar bilik air. Begitulah telatah dua sahabat baik ini di pagi hari. Hari ini merupakan hari istimewa buat kami berdua, sebab tu lah pagi-pagi lagi dah mandi. Cuba teka..agak-agak kenapa ye kami bangun awal ni ?ada udang di sebalik mee la ni..hehe..biasalah, muda remaja..pagi-pagi ahad yang indah ni..masa yang paling dinanti-nantikan..masa untuk enjoy..hehe..weekend adalah hari yang selalu ditunggu-tunggu oleh kami berdua..inilah hari untuk tenangkan minda yang berkusut serabut setelah enam hari bertungkus lumus di pejabat. Keje enam hari seminggu tu..hebat tak? Biasala..pekerja cemerlang..haha..hebat kan..ceh..riak la pulak..kihkih..ish..mana de riak..memotivasikan diri sendiri je..tak salah kan..hehe..
“alamak, kul 8.30 dah la..terlambat sudah..hmm..” keluhku.. Ini mesti sebab kes terlama dalam bilik air..orang mandi dia berendam..mana tak lama nya..ish2.. “huh..hang punya pasal la ni..rosak plan..tak pe lah..benda dah jadi..jom..1..2..3 pecut..” sara terus membuka langkah seribu meninggalkanku terkial-kial di belakang. “mak aii..minah ni..leh main lari-lari pulak..penat aku berendam lama-lama..berpeluh juga la ni..” rungutku sambil terus menjejaki jejak langkah sara.
Maka terjadi la kisah kejar mengejar di antara kami berdua.  Pagi-pagi lagi dah bersenam..bagus betul..Sunday sweet day..
Sebaik sampai  je kat perhentian bas, berita buruk no dua pulak yang kami terima..bad Sunday tul la..sejam tunggu bas beb..alamak..apakah??ooo..tidak..hari ini hari untuk enjoy..tp kenapa semua ni berlaku??hmm..something wrong somewhere..takpe-takpe..tiap apa yang terjadi mesti ada hikmahnya..mungkin kita tak memahaminya pada saat ini namun suatu hari nanti pasti kita kan memahaminya..itulah doa pemujuk hati yang panas..sabar la skit syah oii..hehe..be patient k..everything will be alright..
Aku mula tersenyum saat kepala bas mula kelihatan.. “dia datang..dengan lenggang lengguk nye..aduhai..slow motion kau ye..” rungut ku lagi..ini ntah dah kali berapa mulut ku mengomel..sabar syah..sabar..Sunday sweet..hehe..sara hanya mengilingkan kepala mendengar omelan ku..ku sedar akan tindak tanduknya memerhatikan telatah ku dari tadi..lalu dengan pantas ku memalingkan muka  sambil tersenyum comel kepadanya..auww..so cute..opps..perasan pulak..aisyeh..mana de perasan..motivasi diri..hehe..sara mula merengus sambil mulutnya terkumat kamit mengomel..mengata aku la tu..huahua..
Tepat jam 10 pagi, kami sampai di stesen Lrt wangsa maju..maka berjalan la kami berdua menuju ke kaunter..tetiba..
“cik..cik..please..i’m final year student from bla..bla..ni adalah untuk final projek kami..tolong bagi kerjasama..”ujar seorang pelajar cina sambil menahan perjalanan ku..alamak..terkena sudah..dahla lambat ni..aduh..sambil memaniskan muka aku memandang kepadanya..
“o ye ke..so sy kena wat pe ni? Soalku padanya..kemudian dengan panjang lebar dia mula bercerita mengenai  final year projek yang dia sedang usahakan. Namun pe yang di ceritakan langsung tidak melekat di kepala ku..aku mula mengomel di dalam hati.. “apa lah yang minah ni cakap..apasal aku tak faham ni..lajunya dia cakap..ingat aku robot ke leh tangkap terus pe y dia cakap..sape yang kejar masa ni..aku ke dia?alamak..keliru sudah..”
Tanpa berfikir panjang aku terus mengisi maklumat yang di minta. Sedangku mengisi maklumat yang dipinta, pelajar cina tersebut mula berbual mesra denganku.. “u ni de mix cina ye?muka u cam chiness look skit..u tahu mandarin tak?” aku hanya tersenyum sambil memikirkan pe yang mahu di kata.. “ a’ah..ade..my grandfather cina, tahu la cakap skit-skit..” pelajar tersebut  mula tersenyum dan kelihatan teruja dengan pe yang ku ucap kan..alamak..silap cakap ke..lantak la..haha..tetiba..
“ni hao ma?” ala..dia speak cina plak..nk test la ni..adoii.. “wo hen hou..”ucapku sambil tersenyum kepadanya. Dia membalas senyumanku sambil mengerak-gerakkan badan gaya cam  kanak-kanak riang yang baru dapat aiskrim..happy tul..pe hal ntah..keliru sudah.. “kamu tahu ape itu wo ai ni?ape maksud wo ai ni?” Soalnya lagi..aduh..tnya soalan kat budak hantu cerita cina..memang silap besar la..haha..dengan bangganya aku menjawb.. “hehe..tahu..saya cinta awak..” sebaik sahaja mendengar jawapan yang ku berikan, makin pantas badannya digerak-gerakkan persis kanak-kanak yang baru dapat gula-gula..gembira betul..
“wah..kamu cinta sama saya ye?suka-suka..” terkejut ku mendengar butir bicara yang terkeluar dari mulut pelajar cina tersebut..alamak..aku ke yang terkena..adoii..itu lah bahananya kalau berlagak sangat..padan muka aku..haha..sara yang berada tidak jauh dari ku mula mencuka. Geram dengan telatahku melayan pelajar cina tersebut. Aku hanya melemparkan senyuman kepadanya sambil  menunjuk isyarat sabar kepadanya.
Sebaik sahaja siap mengisi maklumat yang diperlukan, aku mula meminta diri..tetiba.. “disini ade tiga barang yang harganya bermula dari RM20,RM30 dan RM60,I minta tolong sama u la..beli la salah 1 barang ini untuk membantu i dapat markah untuk final projek i..please..” ujar pelajar cina tersebut..hah??apekah?ala..hukhuk..terkena lagi..ini lah rupanya tujuan pelajar cina ni..ceh..hampeh tul..apa yang harus ku lakukan..dalam beg duit hanya ada RM25 je..adoii..takkan aku kena beli barang ni..tapi camne nak mengelak ni..adoii..lemah-lemah..tapi..
“ok-ok..saya beli yang harga RM20 je la ye..itu je duit yang saya ada sekarang ni..sorry ye..mana barang yang harga RM20 tu?” ujarku dalam terpaksa..aku tak tipu..memang ada RM20 je pun untuk beli barang tu..
Pelajar cina tersebut kelihatan agak kecewa namun dia masih tersenyum kepadaku sambil mengeluarkan barang yang berharga RM20.. “ nah, ni barangnya..terima kasih kerana sudi tolong i..” ucapnya sambil tersenyum..aku terima barang tersebut sambil memberinya wang.. baru je kaki ku hendak memulakan langkah..tetiba..
“hello, I tak pandai sangat cakap melayu,tadi u dah tolong dia kan..sekarang tolong la I plak..barang  ni only RM10 je..please..” ujar kawan kepada pelajar cina tadi..alamak..adoii..aku hanya tersenyum memandangnya sambil berkata.. “oh dear..i’m really sory..i have no money..” ujarku sambil wat muka sedih..aku tak tipu..memang betul-betul takde duit..ade RM5 je lagi..huhu..
“betul ke?boleh cucuk ma..boleh la..u tolong dia boleh, takkan tolong I tak boleh..” rayu nye lagi..ni sudah kes berat..leh pulak suruh aku cucuk..amboi..banyak cantik.. “ala..cannot..coz my bank card cannot use for this atm machine..i’m really sorry ok..i got to go..i’m late..sorry..” aku terus membuka langkah untuk beredar..
Sebelum  beredar aku terdengar sesuatu.. “sampai hati..” ujar pelajar tersebut sambil buat muka sedih. Aku hanya tersenyum padanya lantas berkata.. “ I’m really sorry” lantas terus ku beredar mendapatkan sara yang sudah tarik muka lima belas..huahua..kesian dia..lama menunggu..
“apa tadi tu?dahla lambat..leh lak layan orang..ish..” sara mula meleteriku.. aku hanya tersenyum kambing memandang nya.. “ala..dak-dak university minta tolong..so tolong je la..” ujar ku sambil membuka barang yang ku beli tadi..pe benda la agaknya ye..
Sebaik sahaja membuka barang tersebut..sara mula ketawa.. “haha..CHOPSTICK..wei..nk wat pe dengan benda ni? Berapa harga ni? “ soal sara. Muka ku tetiba terasa panas. Malu di ketawakan begitu oleh sara. “hmm..RM20..” ujarku perlahan..sara makin galak mentertawakan aku..aku mula hairan..pe hal minah ni..pe yang lawaknya.. “syah..CHOPSTICK ni..harga nye RM5 je tau kat kedai..hang dah kena tipu la ni..adoii..duk pi layan sangat budak-budak tu..ntah betul ntah tidak pe yang diorang cerita tu..haha” sara terus mengetawakan aku..ala..betul ke?adakah aku tertipu?hmm..
Duit dalam dompet ada RM25 je..RM20 wat beli CHOPSTICK..benda yang tak berapa berfaedah untuk dibeli..tapi dek kerana kesian dengan pujuk rayu dan dengan niat untuk membantu maka ku dermakan jua RM20 tu..berbaloi atau tidak?camne kalu apa yang dikatakan oleh sara itu betul?adakah mereka itu menipu?? Wawawa..menyesal ke?? Perlu ke menyesal??rugi ke RM 20 tu??huhu..
Sepanjang berada di dalam Lrt, kepala ku ligat memikirkan tindakan ku membeli CHOPSTICK sebentar tadi..Betul ke tindakan yang aku lakukan..adakah apa yang ku lakukan itu tak berbaloi??rugi kah aku?hmm..muka pelajar-pelajar tadi bermain-main di kotak fikiranku..teringat riak wajah mereka yang riang dan kecewa..haha..kelakar..xpe..back to basic..rugi ataupun tidak..tiap-tiap pe pun yang berlaku..pasti de hikmahnya..kalau diorg menipu..itu hak diorang..yang penting aku hanya ingin membantu..salah ke aku membantu orang yang meminta pertolongan?? Lagipun aku bukannya membantu diorang wat benda salah pun dan aku bukannya tahu pun kalau diorang menipu..betul ke??alamak..keliru pulak..hakhak..arghh..benda dah berlaku..jadi biar je lah..lepas ni kena la lebih berhati-hati lagi ye syah..Ape pun yang berlaku sudah tertulis..mesti de sebabnya..tiada pe yang ditakdirkan oleh Yang Maha Pencipta itu sia-sia..Ya Allah..berikanlah diri ini kekuatan dalam menempuh liku-liku hidup ini..amin..
“ stesen berikutnya..Pasar seni..next station..pasar seni..” terdengar suara operator menjalankan tugasnya.. “ syah..oiit..berangan lak dia..dah sampai le..jom..hehe..aku tak leh la tengok muka ko hari ni..hahahaha..sorry..perut aku geli..hahaha”  sara masih lagi mengetawakanku..aku hanya mendengus namun masih lagi mempamerkan senyuman di bibir sambil bangun dan terus melangkah keluar dari perut LRT..mata ku memandang CHOPSTICK yang berada di dalam beg ku..hmm..Sunday sweet day..lantas ku menjerit.. “ Sara..ABC + bihun tomyam jom..tekak dan perut i panas le..jom test CHOPSTICK..” ujarku sambil ketawa.. hahaha..sara turut ketawa melihat telatahku sambil terus mengorak langkah ke destinasi seterusnya..wah..dah lambat..1..2..3..pecut..hehe..comel juga CHOPSTICK ni..huhu..




Sunday 8 May 2011

Aku..Kau..Dan DIA..

 “ Syah..oii..syah..bangunla..kau ni membuta je..dh tengahari la..pe nak jadila..” terdengar suara fariz mengejutkanku. Aku membuka mataku perlahan-lahan lalu memandangnya sambil tersenyum. Setelah seketika aku memejamkan mataku kembali.ketika itu terasa bagaikan ada sesuatu yang menghempak mukaku lantas membuatku terbangun serta merta. Serentak dengan itu terdengar gelak tawa fariz dengan kuatnya.aku hanya merenungnya tajam,barula ku sedar benda yang menghempak muka ku sebentar tadi adalah bantal yang fariz lemparkan padaku. “oiit!! main kasar kau ek..sakitla!!” kataku sambil membaling bantal kepadanya semula. Fariz hanya ketawa melihat gelagatku sambil mengelak dari terkena bantal yang ku lemparkan kepadanya. Fariz merupakan kawan sebilikku. Dia adalah teman yang rapat denganku. Walaupun kadang kala aku tidak begitu senang dengan sikapnya yang agak kasar namun dialah yang setia di sisiku. Dialah teman disaatku senang dan susah. Dengan langkah yang berat ku gagahkn jua kakiku untuk bangun. Fariz masih lagi mengetawakanku. Begitula rutinku dihari minggu. Aku hanya akan bangun setelah matahari tegak di kepala. Farizlah yang selalu mengganggu waktu tidurku. Dia tidak sepertiku yang suka tidur di siang hari. Dia lebih suka menghabiskan masanya di meja study.
“ Fariz..laparla..jom pi makan..” ajakku sambil jari jemariku ligat menekan kekunci keyboard membalas mesej yang di hantar oleh rakan chatingku. Aku banyak menghabiskan masaku dengan chating. Aku gemar berbual-bual dengan rakan-rakan chatingku. Merekalah pengubat di kala aku kebosanan. Fariz yang asyik mengulangkaji pelajaran memandangku sambil tersenyum sinis. “lapar ke?haha..kau ni takde benda lain ek?makan,tidur, main je yang kau tahu..cuba buat benda yang berfaedah sedikit..bila kau nak study?minggu depan dah nak exam dah..aku tengok kau rileks je..confuse aku..” itula Fariz. Dia tidak pernah lupa untuk mengingatkanku tentang pelajaran. “ala..minggu depan..minggu depanla aku study..haha..nanti aku studyla..kau janganla risau..aku tahula apa nak buat..hehe..sekarang ni jom teman aku makan..” aku memujuknya untuk menemaniku makan. Kebiasaanya Fariz tidak akan keluar makan melainkan kalau dia benar-benar lapar. Dia seorang yang sangat berjimat cermat. Melihatkan gelagat Fariz yang seolah-olah berat untuk menemaniku,aku terpaksa melakukan sesuatu..“yelah..yelah..aku belanja..” itulah sahaja caraku untuk memujuknya keluar. Sebaik sahaja mendengar kata-kataku, dia terus tersenyum dan bangun untuk bersiap.

Sri: BUZZ
Syah: BUZZ
Sri: hye sayang..
Syah: hek eleh..sayangla pulak..pe kes? :p
Sri: tak boleh ke?hehe..
Syah: :P
Sri : L
Syah: haha..pe la..tengah buat pe tu?
Sri : huhu..
Syah: hehe..haha..hihihi..huhu..
Sri : J
Syah : hmmm..
Sri: ???
Syah : jangan kacau syah la..dia nak study..!!!!!!!!
“pe ni fariz..jangan kacaula..” sedang asyik aku melayan mesej sri, Rakan chatingku yang tidak jemu-jemu menghantar mesej kepadaku, Fariz tiba-tiba sahaja datang mengacauku. Begitula gelagatnya tiap kali melihatku chating. Dia tidak betah untuk melihatku membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Tanpa menghiraukan jeritanku,tangannya pantas mematikan komputerku. Aku hanya memandang tingkah lakunya tanpa berkata apa-apa. Ini bukanla kali pertama dia berbuat begini padaku. Aku akur dengan perbuatannya tanpa membantah sedikit pun. aku marah padanya,tersangat-sangat marah,namun aku tidak mampu untuk memarahinya, bukan kerana takut tetapi memang inilah sikapku yang tidak suka untuk memarahi orang lain. Aku hanya mengeluh lantas terus baring di atas katilku. Fariz memandangku sambil tersenyum. Dia sedar aku sedang memarahinya.
“ Syah..nak tidur dah ke?bangunla..jomla study sama-sama..aku nak kau ajar ni..banyak benda yang aku tak faham..syah..” pujuknya sambil memandangku dengan wajah yang sayu. Aku lemah setiap kali melihat wajahnya yang begitu. Aku tidak sanggup untuk menghampakan permintaannya. Dengan hati yang berat, aku bangun dan terus mencapai buku dan merenungnya tajam..lantas kami sama-sama ketawa. Marahku padanya terus hilang sebaik sahaja mendengar gelak tawanya. Aku gembira biarpun kadangkala hatiku sakit dengan perbuatannya. Benarla kata orang,kadang-kadang perkara yang pahit itulah yang mengembirakn kita begitu juga sebaliknya.
Namun langit tidak selalunya cerah,entah mengapa suatu hari perkara yang tidak diduga telah berlaku. Aku tiba-tiba menjadi begitu marah dengan sikap fariz yang ku rasakan terlalu mengawalku. Aku mula merasakan bahawa aku juga berhak melakukan apa yang aku suka. Mengapa perlu ada orang mencampuri urusanku? Adakah aku tidak mampu menguruskan kehidupanku sendiri? Arghhh..!!!aku perlu menghentikan semua ni..sampai bila aku harus akur padanya?? Aku tiba-tiba memberontak. Ya..aku perlu lakukan sesuatu. Sedangku memikirkan semua itu, Fariz tiba-tiba muncul di depanku. Dia hanya memandangku tanpa berkata apa-apa. Kemudian dia mengambil buku-bukunya lalu keluar dari bilik. “Fariz..!..” panggilanku tidak dihiraukanya. Aku mula hairan namun aku hanya biarkannya.
Begitula hari-hari yang seterusnya. Fariz sudah tidak menghiraukanku lagi. Dia tidak lagi mengejutkan aku bangun dari tidur. Dia tidak lagi menggangguku chating. Dia juga sudah tidak menegurku lagi. Kami bagaikan tidak mengenali antara satu sama lain. Sudah tidak kedengaran lagi gelak tawa darinya. Bilik itu terasa begitu sunyi. Apa yang sudah berlaku sebenarnya? Mengapa Fariz berubah?adakah aku telah menyakitinya?tapi apa yang telah ku lakukan? Soalan demi soalan menerjah di ruang fikiranku,namun tidak ku temui jawapannya.
Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu..bukankah ini yang aku mahukan?bukankah aku yang mahukan supaya Fariz tidak menggangguku lagi?tapi mengapa aku tidak gembira dengan semua ini?aku sebaliknya merasa begitu sunyi. Apa yang perlu ku lakukan? Oh..Tuhan..kini ku sedar akan sesuatu. Aku mahukan fariz yang dulu..Fariz yang sentiasa menegurku..Fariz yang selalu menggangguku..Fariz yang selalu ketawakan aku..aku tiba-tiba tersedar..kerana Farizla aku tidak terlaku leka dengan kehidupanku..kerana Farizla aku tidak lupa tugasku sebagai seorang pelajar..kerana Farizla aku ketawa..kerana Farizla aku terasa hidupku begitu bermakna.. “FARIZ..!!!!!” tanpa sedar aku menjerit namanya dengan kuat.
Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu  yang jatuh ke atas mukaku, lantas aku terbangun dengan serta merta. Aku mula hairan.Aku terdiam seketika sambil tanganku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.
“Oii..syah..bangunla..apasal kau susah sangat nak bangun hari ni? tiba-tiba je menjerit nama aku..apahal? terkejut aku..kau mimpi apa ni?” Fariz tiba-tiba bersuara. Aku mula memandangnya dengan hairan sambil berfikir. Fariz menegurku?bukankah sebelum ini dia tidak melayanku?apa yang berlaku sebenarnya? Melihatku termangu-mangu sekali lagi Fariz melemparkan bantal ke arahku. Setelah itu ketawanya berderai. Ahh..Fariz..betapa aku merindukan gelak tawamu..kemudian aku tersenyum sendiri.
Sri : BUZZ
Terdengar bunyi buzz dari komputerku. Aku sudah dapat mengagak siapakah gerangannya. Lantas jari jemariku laju menekan kekunci keyboard membalas mesejnya.
Syah : awk..saya gembira sangat hari ni..nak tahu tak sebab apa?
Sri : nape?
Syah : sebab saya mimpi..
Syah : mimpi yang benar-benar menyedarkan saya betapa pentingnya kawan dalam hidup kita..kawan yang kadang-kadang terasa bagaikan mengganggu tetapi sebenarnya dialah pelengkap hidup kita..kawan yang kadang-kadang menyakitkan hati kita namun dialah juga pengubat luka..kawan yang kadang-kadang membuat kita marah namun dia jugalah yang membuat kita ketawa..saya benar-benar gembira kerana memilikinya sebagai kawan saya..saya benar-benar takut akan kehilangannya..pelik kan? Kadang-kadang benci sangat dengan dia..tapi sayang juga..kadang-kadang sakit hati sangat dengan dia..tapi maafkan juga..begitula indahnya persahabatan andai ikatannya bertalikan ukhuwah..Ya ALLAH..aku bersyukur kepadaMU kerana mengurniakanku seorang sahabat yang tidak pernah lupa mengingatkanku..yang sentiasa di sisiku..yang begitu baik denganku..kerana dia diriku terasa dekat denganMU..ku sedar kini..tidak ada setiap satu pun yang KAU ciptakan adalah sia-sia..terima kasih Ya ALLAH..

Sri : ermm..bagus2..huhu..
Syah : J
“ Syahrina..!! cepatla siap..kita dah lambat ni..” terdengar suara fariz memanggilku. Aku hampir terlupa yang aku ada kelas sebentar lagi.
Sri : J
Syah : okla awk..saya dah lambta ni..nak pi kelas lak..
Sri : ok2..selamat ke kelas..
Syah : k..salam..
Sri : k..bye sayang..hehehe..
Syah : =P
Sri: J
“ Syahrina..!!!!!!!” sekali lagi terdengar fariz memanggilku. Aku hanya tersenyum dan terus menghampirinya lantas memeluknya.
“ Farizana..terima kasih atas segala-galanya” kataku sambil memeluknya..
“kenapa ni?” katanya sambil meleraikan pelukanku.
“tak ada apa-apa..jom pi kelas..hehehe..” aku hanya tersenyum dan terus melangkah keluar dari bilik. Fariz mengekoriku sambil mengelengkan kepala. Aku tahu dia tidak faham dengan tindak tandukku. Biarlah hanya aku memahaminya..Terima kasih atas segala-galanya..

Friday 6 May 2011

Pe Ntah Ni..Ha3!! lwk2..

What have I got to do to make you YM me

What have I got to do to make you BUZZ!!!

What do I do when YOUR FB POKE me

And I wake to find that you’VE SIGN OUT...

What do I do to make you POKE me

What have I got to do to be BUZZ BACK!
What do I say when it’s all PENDING
And sorry seems to be the hardest word


It’s sad, so sad

It’s a sad, sad situation
And it’s getting more and more BORING
It’s sad, so sad
Why can’t we YM't over
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word...:P

Kelmarin..semalam..hari ini dan esok..

Kenangan..demi Kenangan..
    kelmarin..smalam..hari ini..esok..masa tetap kan berlalu pergi..sedikit demi sedikit meninggalkan kita..hargailah tiap detik yang berlalu..kerana yang berlalu tak mungkin kan kembali lagi..kenangan demi kenangan..terhimpun dalam lipatan memori..sampai bila memori lalu kan terus diingati..saat usia meningkat..memori beransur menghilang..