Sunday, 8 May 2011

Aku..Kau..Dan DIA..

 “ Syah..oii..syah..bangunla..kau ni membuta je..dh tengahari la..pe nak jadila..” terdengar suara fariz mengejutkanku. Aku membuka mataku perlahan-lahan lalu memandangnya sambil tersenyum. Setelah seketika aku memejamkan mataku kembali.ketika itu terasa bagaikan ada sesuatu yang menghempak mukaku lantas membuatku terbangun serta merta. Serentak dengan itu terdengar gelak tawa fariz dengan kuatnya.aku hanya merenungnya tajam,barula ku sedar benda yang menghempak muka ku sebentar tadi adalah bantal yang fariz lemparkan padaku. “oiit!! main kasar kau ek..sakitla!!” kataku sambil membaling bantal kepadanya semula. Fariz hanya ketawa melihat gelagatku sambil mengelak dari terkena bantal yang ku lemparkan kepadanya. Fariz merupakan kawan sebilikku. Dia adalah teman yang rapat denganku. Walaupun kadang kala aku tidak begitu senang dengan sikapnya yang agak kasar namun dialah yang setia di sisiku. Dialah teman disaatku senang dan susah. Dengan langkah yang berat ku gagahkn jua kakiku untuk bangun. Fariz masih lagi mengetawakanku. Begitula rutinku dihari minggu. Aku hanya akan bangun setelah matahari tegak di kepala. Farizlah yang selalu mengganggu waktu tidurku. Dia tidak sepertiku yang suka tidur di siang hari. Dia lebih suka menghabiskan masanya di meja study.
“ Fariz..laparla..jom pi makan..” ajakku sambil jari jemariku ligat menekan kekunci keyboard membalas mesej yang di hantar oleh rakan chatingku. Aku banyak menghabiskan masaku dengan chating. Aku gemar berbual-bual dengan rakan-rakan chatingku. Merekalah pengubat di kala aku kebosanan. Fariz yang asyik mengulangkaji pelajaran memandangku sambil tersenyum sinis. “lapar ke?haha..kau ni takde benda lain ek?makan,tidur, main je yang kau tahu..cuba buat benda yang berfaedah sedikit..bila kau nak study?minggu depan dah nak exam dah..aku tengok kau rileks je..confuse aku..” itula Fariz. Dia tidak pernah lupa untuk mengingatkanku tentang pelajaran. “ala..minggu depan..minggu depanla aku study..haha..nanti aku studyla..kau janganla risau..aku tahula apa nak buat..hehe..sekarang ni jom teman aku makan..” aku memujuknya untuk menemaniku makan. Kebiasaanya Fariz tidak akan keluar makan melainkan kalau dia benar-benar lapar. Dia seorang yang sangat berjimat cermat. Melihatkan gelagat Fariz yang seolah-olah berat untuk menemaniku,aku terpaksa melakukan sesuatu..“yelah..yelah..aku belanja..” itulah sahaja caraku untuk memujuknya keluar. Sebaik sahaja mendengar kata-kataku, dia terus tersenyum dan bangun untuk bersiap.

Sri: BUZZ
Syah: BUZZ
Sri: hye sayang..
Syah: hek eleh..sayangla pulak..pe kes? :p
Sri: tak boleh ke?hehe..
Syah: :P
Sri : L
Syah: haha..pe la..tengah buat pe tu?
Sri : huhu..
Syah: hehe..haha..hihihi..huhu..
Sri : J
Syah : hmmm..
Sri: ???
Syah : jangan kacau syah la..dia nak study..!!!!!!!!
“pe ni fariz..jangan kacaula..” sedang asyik aku melayan mesej sri, Rakan chatingku yang tidak jemu-jemu menghantar mesej kepadaku, Fariz tiba-tiba sahaja datang mengacauku. Begitula gelagatnya tiap kali melihatku chating. Dia tidak betah untuk melihatku membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Tanpa menghiraukan jeritanku,tangannya pantas mematikan komputerku. Aku hanya memandang tingkah lakunya tanpa berkata apa-apa. Ini bukanla kali pertama dia berbuat begini padaku. Aku akur dengan perbuatannya tanpa membantah sedikit pun. aku marah padanya,tersangat-sangat marah,namun aku tidak mampu untuk memarahinya, bukan kerana takut tetapi memang inilah sikapku yang tidak suka untuk memarahi orang lain. Aku hanya mengeluh lantas terus baring di atas katilku. Fariz memandangku sambil tersenyum. Dia sedar aku sedang memarahinya.
“ Syah..nak tidur dah ke?bangunla..jomla study sama-sama..aku nak kau ajar ni..banyak benda yang aku tak faham..syah..” pujuknya sambil memandangku dengan wajah yang sayu. Aku lemah setiap kali melihat wajahnya yang begitu. Aku tidak sanggup untuk menghampakan permintaannya. Dengan hati yang berat, aku bangun dan terus mencapai buku dan merenungnya tajam..lantas kami sama-sama ketawa. Marahku padanya terus hilang sebaik sahaja mendengar gelak tawanya. Aku gembira biarpun kadangkala hatiku sakit dengan perbuatannya. Benarla kata orang,kadang-kadang perkara yang pahit itulah yang mengembirakn kita begitu juga sebaliknya.
Namun langit tidak selalunya cerah,entah mengapa suatu hari perkara yang tidak diduga telah berlaku. Aku tiba-tiba menjadi begitu marah dengan sikap fariz yang ku rasakan terlalu mengawalku. Aku mula merasakan bahawa aku juga berhak melakukan apa yang aku suka. Mengapa perlu ada orang mencampuri urusanku? Adakah aku tidak mampu menguruskan kehidupanku sendiri? Arghhh..!!!aku perlu menghentikan semua ni..sampai bila aku harus akur padanya?? Aku tiba-tiba memberontak. Ya..aku perlu lakukan sesuatu. Sedangku memikirkan semua itu, Fariz tiba-tiba muncul di depanku. Dia hanya memandangku tanpa berkata apa-apa. Kemudian dia mengambil buku-bukunya lalu keluar dari bilik. “Fariz..!..” panggilanku tidak dihiraukanya. Aku mula hairan namun aku hanya biarkannya.
Begitula hari-hari yang seterusnya. Fariz sudah tidak menghiraukanku lagi. Dia tidak lagi mengejutkan aku bangun dari tidur. Dia tidak lagi menggangguku chating. Dia juga sudah tidak menegurku lagi. Kami bagaikan tidak mengenali antara satu sama lain. Sudah tidak kedengaran lagi gelak tawa darinya. Bilik itu terasa begitu sunyi. Apa yang sudah berlaku sebenarnya? Mengapa Fariz berubah?adakah aku telah menyakitinya?tapi apa yang telah ku lakukan? Soalan demi soalan menerjah di ruang fikiranku,namun tidak ku temui jawapannya.
Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu..bukankah ini yang aku mahukan?bukankah aku yang mahukan supaya Fariz tidak menggangguku lagi?tapi mengapa aku tidak gembira dengan semua ini?aku sebaliknya merasa begitu sunyi. Apa yang perlu ku lakukan? Oh..Tuhan..kini ku sedar akan sesuatu. Aku mahukan fariz yang dulu..Fariz yang sentiasa menegurku..Fariz yang selalu menggangguku..Fariz yang selalu ketawakan aku..aku tiba-tiba tersedar..kerana Farizla aku tidak terlaku leka dengan kehidupanku..kerana Farizla aku tidak lupa tugasku sebagai seorang pelajar..kerana Farizla aku ketawa..kerana Farizla aku terasa hidupku begitu bermakna.. “FARIZ..!!!!!” tanpa sedar aku menjerit namanya dengan kuat.
Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu  yang jatuh ke atas mukaku, lantas aku terbangun dengan serta merta. Aku mula hairan.Aku terdiam seketika sambil tanganku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.
“Oii..syah..bangunla..apasal kau susah sangat nak bangun hari ni? tiba-tiba je menjerit nama aku..apahal? terkejut aku..kau mimpi apa ni?” Fariz tiba-tiba bersuara. Aku mula memandangnya dengan hairan sambil berfikir. Fariz menegurku?bukankah sebelum ini dia tidak melayanku?apa yang berlaku sebenarnya? Melihatku termangu-mangu sekali lagi Fariz melemparkan bantal ke arahku. Setelah itu ketawanya berderai. Ahh..Fariz..betapa aku merindukan gelak tawamu..kemudian aku tersenyum sendiri.
Sri : BUZZ
Terdengar bunyi buzz dari komputerku. Aku sudah dapat mengagak siapakah gerangannya. Lantas jari jemariku laju menekan kekunci keyboard membalas mesejnya.
Syah : awk..saya gembira sangat hari ni..nak tahu tak sebab apa?
Sri : nape?
Syah : sebab saya mimpi..
Syah : mimpi yang benar-benar menyedarkan saya betapa pentingnya kawan dalam hidup kita..kawan yang kadang-kadang terasa bagaikan mengganggu tetapi sebenarnya dialah pelengkap hidup kita..kawan yang kadang-kadang menyakitkan hati kita namun dialah juga pengubat luka..kawan yang kadang-kadang membuat kita marah namun dia jugalah yang membuat kita ketawa..saya benar-benar gembira kerana memilikinya sebagai kawan saya..saya benar-benar takut akan kehilangannya..pelik kan? Kadang-kadang benci sangat dengan dia..tapi sayang juga..kadang-kadang sakit hati sangat dengan dia..tapi maafkan juga..begitula indahnya persahabatan andai ikatannya bertalikan ukhuwah..Ya ALLAH..aku bersyukur kepadaMU kerana mengurniakanku seorang sahabat yang tidak pernah lupa mengingatkanku..yang sentiasa di sisiku..yang begitu baik denganku..kerana dia diriku terasa dekat denganMU..ku sedar kini..tidak ada setiap satu pun yang KAU ciptakan adalah sia-sia..terima kasih Ya ALLAH..

Sri : ermm..bagus2..huhu..
Syah : J
“ Syahrina..!! cepatla siap..kita dah lambat ni..” terdengar suara fariz memanggilku. Aku hampir terlupa yang aku ada kelas sebentar lagi.
Sri : J
Syah : okla awk..saya dah lambta ni..nak pi kelas lak..
Sri : ok2..selamat ke kelas..
Syah : k..salam..
Sri : k..bye sayang..hehehe..
Syah : =P
Sri: J
“ Syahrina..!!!!!!!” sekali lagi terdengar fariz memanggilku. Aku hanya tersenyum dan terus menghampirinya lantas memeluknya.
“ Farizana..terima kasih atas segala-galanya” kataku sambil memeluknya..
“kenapa ni?” katanya sambil meleraikan pelukanku.
“tak ada apa-apa..jom pi kelas..hehehe..” aku hanya tersenyum dan terus melangkah keluar dari bilik. Fariz mengekoriku sambil mengelengkan kepala. Aku tahu dia tidak faham dengan tindak tandukku. Biarlah hanya aku memahaminya..Terima kasih atas segala-galanya..

No comments:

Post a Comment